fbpx

Setiap manusia di dunia ini telah di tetapkan oleh Allah akan tempoh masa hidupnya. Manusia dihidupkan semuanya akan menempuhi kematian. Hal ini telah di jelaskan dalam Firman Allah SWT :

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh (Q.S an-Nisa:78)

Akan tetapi Allah tidak memberitahukan 3 perkara kematian kepada hambanya iaitu bila, di mana dan bagaimana kematian kita.

Meninggal ketika sedang azan subuh

Tak ada yang menyangka, azan Subuh pada 7 Januari lalu merupakan azan terakhir bagi Tgk Nurdin yang berusia 50 tahun ini. Ia menghembuskan nafas terakhirnya seusai melafazkan hayya ‘alash shalaah (mari menunaikan shalat) yang kedua pada saat azan subuh.

Tgk Nurdin merupakan warga Gampong Pisang, Kecamatan Labuhanhaji, Kabupaten Aceh Selatan.

Malah diberitahu, arwah memang sedang tidak sihat, namun dia tetap meminta agar pihak masjid membenarkannya untuk melaungkan azan subuh terakhirnya.

Sudah 30 tahun menjadi muazin Masjid

Menurut kenyataan dari akhbar Indonesia, ia sudah 30 tahun menjadi muazin di Masjid At-Taqwa, Gampong Pisang.

Malah arwah juga memang cukup dikenali sebagai orang kuat di masjid tersebut, justeru pemergiannya amat dirasai oleh penduduk di kampung itu.

Ketika hidupnya, menurut salah seorang penduduk kampung, dia menyifatkan arwah sebagai orang yang sangat ramah dengan sesiapa sahaja.



[fbcomments]