fbpx

Beberapa hari lepas, Sajat ada keluarkan kenyataan menyatakan bahawa dia sedia bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menyelesaikan isu identiti dirinya selepas kontroversi yang tercetus ketika mengerjakan umrah.

Menurutnya, dia mahu diberi panduan yang jelas dan terperinci bagi menyelesaikan isu identiti dirinya.

Kalau betul nak tolong, tolong betul-betul

“Selama ini bukan saya tak mahu buat laporan perubatan seperti yang diminta, tetapi mereka (JAKIM) hanya suruh saya pergi ke hospital tanpa sebarang surat sokongan.

Nampaknya Sajat seolah-olah menyalahkan JAKIM dalam soal identiti dia.

“Kalau betul JAKIM nak bantu, mereka sepatutnya mengeluarkan surat rasmi dan memaklumkan dengan siapa perlu saya rujuk...Kalau betul nak tolong, tolonglah betul-betul kalau tidak ia akan berpanjangan,” katanya kepada Harian Metro.

Pernah cuba selesaikan tapi…

Menurut Sajat, dia pernah cuba menyelesaikan masalah berhubung identitinya dengan pihak berkuasa, bagaimanapun alasan diberi kesnya itu berprofil tinggi.

“Bukan saya tak cari jalan penyelesaian, setiap kali saya bawa isu ini ke pihak bertanggungjawab mereka memberitahu kes saya ini berprofil tinggi.

“Kalau diikutkan, ibu bapa saya sudah memberi kerjasama sebaik mungkin sejak saya dilahirkan. Namun, sekarang saya yang perlu menanggung semua ini sendirian. Saya juga pernah kena tipu.”

“Ibu bapa saya boleh mengesahkan siapa saya. Tiada orang lain.”

PU Amin minta Sajat berhenti menipu

Walau bagaimanapun, kenyataan Sajat telah menarik perhatian penceramah selebriti iaitu Pencetus Ummah (PU) Amin.

Menurut PU Amin, Sajat telah berbohong berkaitan JAKIM tidak memberi kerjasama. Walhal sebelum ini pihak JAKIM sudahpun membawa pakar perubatan untuk mengesahkan jantina dia. Cuma Sajat je yang mengelak dan JAKIM pula terkena tempiasnya.

[fbcomments]