Baru-baru ini, viral orang semua dok pakat pekena Dalgona Coffee yang mudah dibuat dengan menggunakan empat bahan utama iaitu Nescafe, gula, air suam dan susu segar.
Walau bagaimanapun, selain Dalgona Coffee ada juga beberapa lagi minuman yang boleh dilakukan dengan menggunakan konsep ‘Dalgona’. Antaranya ialah…
Dalgona Matcha

Masih mengekalkan cara yang sama, hanya menggantikan Nescafe kepada serbuk teh hijau sebagai bahan utama.
Bahan-bahan: 1 sudu serbuk matcha, 1 putih telur, setengah cawan gula pasir, setengah cawan air, susu segar dan ais.
Cara Penyediaan: Pukul sehingga kembang putih telur. Dalam masa yang sama larutkan gula pasir didalam air suam. Setelah itu masukkan sedikit demi sedikit larutan air gula dan kacau bersama putih telur, larutan air gula dan serbuk matcha. Setelah sebati masukkan di dalam gelas yang berisi susu segar.
Dalgona Milo

Kepekatan milo yang dicampur susu segar pasti membuatkan anda kembali mengenangkan zaman kecil. Ini bahan dan cara-caranya:
Bahan-bahan: 2 sudu serbuk milo, 2 sudu gula pasir, 2 sudu air panas, susu segar dan ais.
Cara Penyediaan: Pukul sehingga kembang serbuk milo, gula pasir dan air panas. Setelah bahan bahan campuran tadi nampak likat, masukkan di dalam gelas bersama susu segar dan ais.
Dalgona Teh Susu

Teh susu memang selera rakyat Malaysia. Hmm terus terbayang teh mamak! Menjadikan serbuk teh sebagai bahan utama, minuman seperti ini pasti memberikan satu standard baru kepada teh susu selain bubble milk tea.
Bahan-bahan: 2 sudu serbuk teh, 2 sudu gula pasir, 2 sudu air panas, susu segar dan ais.
Cara Penyediaan: Pukul sehingga kembang serbuk teh, gula pasir dan air panas. Setelah bahan bahan campuran tadi nampak likat, masukkan di dalam gelas bersama susu segar dan ais.
Dalgona Oreo

Selain orang dewasa, dalgona ini pasti akan menarik selera kanak-kanak. Apa yang membezakan dengan Dalgona Coffee adalah susu yang digunakan dicampur bersama serbuk oreo.
Bahan-bahan: 2 sudu serbuk Nescafe, 2 sudu gula pasir, 2 sudu air panas, susu segar, sebuk oreo dan ais.
Cara Penyediaan : Menurut Marshable SE, pukul sehingga kembang serbuk Nescafe, gula pasir dan air panas. Setelah itu masukkan bahan tadi di dalam gelas bersama susu segar yang dicampur dengan serbuk oreo beserta ais. Yummy!
Dolgona Cokelat

Peminat cokelat pasti menyukai resepi ini. Tidak perlu ke kedai makan yang mewah, dengan mengetahui cara yang sebenar membuat dolgona cokelat, pasti membuatkan anda mengulanginya lagi.
Bahan-bahan: 2 sudu serbuk cokelat, 2 sudu krim, 2 sudu gula pasir, 2 sudu air panas, susu segar, sebuk oreo dan ais.
Cara Penyediaan: Pukul sehingga kembang serbuk koko, gula pasir dan air panas. Setelah itu masukkan krim untuk menjadikannya pekat dan sajikan bersama susu segar dan ais.
Untuk anda yang mahukan minuman ala-ala mewah, senarai minuman dolgana di atas patut dicuba!