Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa restoran boleh dibuka semua bermula 4 Mei ini.
Walau bagaimanapun, setiap restoran perlulah mengikuti setiap SOP yang dikeluarkan kerajaan bagi mengekalkan amalan penjarakan sosial yang diterapkan.
“Pastikan meja disusun dengan jarak sekurang-kurangnya 2 meter antara satu meja dengan meja yang lain.”
Antara ringkasan SOP yang perlu dituruti adalah seperti berikut:
- Letak notis di setiap meja untuk bilangan pelanggan
- Buatkan garisan di lantai depan kaunter pembayaran
- Sediakan ‘hand sanitizer’ di kaunter pembayaran
- Beli penyembur pembersih dengan mencukupi
- Beli facemask untuk pekerja
- Periksa suhu badan pelanggan
- Catat nama, nombor telefon dan tarikh pelanggan