Pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary telah memuatnaik satu status memaafkan semua netizen yang menulis komen dan kata-kata cacian terhadapnya sebelum ini.
Ia susulan hantaran awalnya sebelum ini yang berbunyi, “Meletak gambar dan video orang miskin yang susah sehingga memalukan dia adalah aib. Haram!”
Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai warganet yang rata-rata percaya ia ditujukan kepada Ustaz Ebit Lew, meskipun Abu Syafiq tidak menyatakan atau menulis nama sesiapa dalam status tersebut.
“Saya maafkan orang yang maki saya. Alhamdulillah.. kerana Allah demi Allah.. Begitu juga netizen yang laga-lagakan saya. Saya ok je. You all semua baik sebenarnya. Maaf if terguris hati dan perasaan”
“Saya akan terus menegur sampai bila-bila..”
Berhubung status awal yang ditulis oleh Abu Syafiq itu juga, ramai warganet yang mengaitkan kisah Ustaz Ebit Lew yang tular ketika datang menziarah dan membantu keluarga Pak Ishak.
Justeru, Abu Syafiq telah memuat satu lagi hantaran tentang perkara itu bagi membela nasib Pak Ishak dan meminta orang ramai agar tidak bersangka tidak baik kepada keluarga Pak Ishak.
Berikut hantaran terbaru dimuatnaik Abu Syafiq:
Kasihan Pak Ishak Darus
Banyak pula saya dengar cerita yang kurang enak pasal beliau dan dikaitkan pula dengan ahli keluarganya pula. Dikatakan pemalaslah, ada kaitan dengan dadahlah.. duduk tanah haramlah..
Anak-anak dia tinggalkan dialah..ditinggalkan disitu bersama cucunya yang ramai..tak mahu bangkit hidup berdikari dan macam-macam lagi.
Semua itu cerita orang. Saya kata dalam diri saya itu semua fitnah tak betul. Mulut orang mana boleh ditutup.
Pak Ishak Darus mungkin lebih mulia dari kita.
Mana tahu dia masuk syurga lebih awal dari kita. Itupun kalau kita ahli syurga. Kurang hisabnya tak banyak soalannya.