Siapa tidak kenal dengan penceramah dan pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew yang sangat dikenali dengan perwatakannya yang suka membantu golongan yang tidak bernasib baik.

Berbelas anak-anak tinggal dengan atok strok

Terbaru, Ustaz Ebit sanggup turun ke Alor Setar, Kedah demi menghulurkan pertolongan kepada keluarga seorang lelaki uzur yang menghidap penyakit stroke.

“Menangis akhirnya sampai Alor Setar.. Dah tak boleh tahan hati ini. Berbelas anak-anak duduk dengan atok strok.”

Menangis akhirnya sampai Alor Setar. Dah tak boleh tahan hati ini. Berbelas anak-anak duduk dengan atok strok. Bau dan…

Posted by Ebit Lew on Isnin, 20 April 2020

Berdasarkan beberapa keping foto yang dikongsikan di Facebook Ebit menampakkan keuzuran kediaman yang didiami datuk bersama cucu-cucunya.

Bau dan kotor sangat

“Anak-anak tak sekolah. Orang Malaysia tengok ic semua tadi. Orang sini juga. Sedih hati ini. Tolonglah ya Allah. Bertahun dah begini hari ini saya dah tak boleh tahan menangis je.

“Adik ni kata dia nak sekolah. Dia nak solat. Kadang-kadang solat dekat rumah kawan.”

Airmata

Hanya airmata. Tiada apa yang saya dapat ungkapan. Hati ini sedih sayu. Hanya berdoa moga Allah ampunkan dosa saya. Jangan salahkan sesiapa. Saya cuma datang untuk membantu. Saya yang salah. Ceramah sana sini baru hari ini saya tahu keadaan mereka. Sedang saya makan kenyang, tidur lena, mereka tidur di tepi sampah. Ya Allah.. Maafkan saya pakcik. Maafkan saya adik-adik semua.Syukur akhirnya Allah izinkan saya dapatkan rumah sewa untuk mereka. Besar rumah selesa. InsyaAllah saya akan bayar sampai bila-bila selagi mampu. Terima kasih semua yang bersama-sama membantu dan tuan puan semua yang selalu mendoakan. Moga Allah balasi kebaikan semua.

Posted by Ebit Lew on Isnin, 20 April 2020

Kalau perasan, dalam video tersebut nampak banyak lalat-lalat berterbangan. Nampak tak bagaimana keadaan di situ? Bagaimana keadaan rumah mereka.

Di rumah usang itulah, mereka sekeluarga tinggal bersama berbelas ahli yang lain. Ustaz Ebit Lew yang sangat tersentuh melihat keadaan mereka meminta tiada sesiapa yang dipersalahkan dalam hal ini.

Selepas video ini, ramai yang mengecam Jabatan Zakat, kariah masjid dan juga Kerajaan Negeri.

Bagi bantuan tak tanya kami

Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan Ustaz Ebit Lew itu telah menyebabkan mereka dikecam masyarakat.

Mohd Ruslin Abdullah melalui laman Facebook berkata, Ebit Liew sewajarnya memaklumkan kepada mereka dahulu sebelum memberikan sebarang bantuan.

Diharap tak sewenangnya menuduh

“Duhai Ustaz Ebit, kami tahu tujuan tuan baik dan ikhlas besar ganjarannya membela nasib mereka yang susah dan miskin.

“(Tapi) Ustaz hadir ke kampung kami tanpa tanya kami, tanpa selidik cerita Pak Aq dan anak-anaknya ini.

“Sekarang kami difitnah netizen satu Malaysia. Penduduk kena fitnah, masjid kena fitnah, Zakat Kedah kena fitnah, kerajaan (negeri) kena fitnah, tuan tanah pun kena fitnah angkara kuasa viral sebelah pihak,” katanya memetik kenyataan tersebut.

Hari ini mereka masih berdegil

Malah ada yang mengatakan banyak sisi gelap yang tidak dicerita. Longgokan sampah adalah barang-barang sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk beg-beg yang kelihatan masih elok.

Timbunan sampai dari luar sampai ke dalam rumah. Entah bagaimana mereka tidur bercampur lelaki perempuan termasuk orang luar berlainan agama.

“Anak-Anak Pak Ishak, Tolonglahlah Pindah Ke Rumah Baru”Rundingan pagi ini kerana masih ada ahli keluarga yang enggan…

Posted by Faisal Mustaffa on Isnin, 20 April 2020
[fbcomments]