Pelakon terkenal Nabila Huda meluahkan rasa kecewa yang sudah lama dipendam, apabila mendakwa dirinya terhalang daripada menjalin hubungan rapat dengan bapanya, Datuk Amy Search, disebabkan campur tangan isteri kepada penyanyi rock lagenda itu, Nourish Hassan.

Nabila Huda Luah Rasa Terkilan, Dakwa Isteri Amy Search Halang Hubungan Dengan Bapa

Menurut Nabila, lebih setahun dia tidak dapat bertemu mahupun berkomunikasi secara langsung dengan bapanya. Situasi itu, jelasnya, berlaku bukan disebabkan sebarang perselisihan faham antara mereka, sebaliknya berpunca daripada tindakan pihak ketiga yang dikatakan sengaja mewujudkan jurang dalam hubungan kekeluargaan mereka.

“Saya tidak pernah bergaduh dengan papa. Masalah sebenar datang daripada orang lain yang cuba halang saya daripada rapat dengan ayah saya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Jelas Nabila lagi, dia enggan mengiktiraf wanita tersebut sebagai ibu tiri kerana tidak selesa dengan gelaran itu. Baginya, hanya ibunya, yang juga cinta pertama Amy Search, layak diberi penghormatan sedemikian.

“Ibu tiri? Siapa itu? Saya rasa jijik nak dengar status itu, ia sangat menjijikkan. Saya minta maaf, saya rasa nak muntah dengar status itu.

“Saya cuma ada seorang emak dan dia adalah cinta pertama papa saya, Suhaimi bin Abdul Rahman. Mungkin saya boleh panggil dia (ibu tiri) perempuan itu,” luahnya.

Dalam nada yang lebih tegas, Nabila turut memberi amaran kepada wanita terbabit agar tidak terus mencetuskan provokasi atau bersikap seolah-olah memiliki kuasa mutlak terhadap bapanya.

Dia mendakwa mengetahui banyak perkara yang disembunyikan oleh individu tersebut, malah mempunyai bukti terhadap pelbagai isu yang berlaku di sebalik pengetahuan umum.

“Kita ini tak kisahlah status tinggi mana, yang penting adalah adab. Sebelum apa-apa yang berlaku, lebih baik hentikan sebelum lebih ramai siasat siapa diri awak yang sebenar.

“Siapa makan cili, dia terasa pedas. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga,” katanya.

Nabila turut mendedahkan bahawa ramai pihak dalam industri hiburan turut kurang senang dengan kehadiran wanita tersebut. Namun, dia percaya masih ada ruang untuk memperbaiki keadaan jika individu itu bersikap lebih terbuka dan tidak menyimpan perasaan negatif terhadap dirinya.

Dalam pada itu, Nabila menegaskan bahawa dia tidak pernah berniat untuk merebut harta atau kepentingan milik bapanya. Sebaliknya, apa yang diinginkan hanyalah peluang untuk menikmati kasih sayang seorang ayah tanpa sebarang sekatan.

Terdahulu, Nabila berkongsi sebuah video di platform X yang memaparkan dirinya memeluk dan mencium Amy Search, dengan kapsyen yang menyentuh hati tentang meskipun takdir memisahkan, hubungan antara bapa dan anak tetap kekal selamanya.

Kredit: Utusan Malaysia

 

 

 

[fbcomments]