Seorang pencipta kandungan yang dikenali sebagai CEO Kaki Review tampil memaafkan segala kritikan yang diterimanya di media sosial.
Sebagai pengulas makanan, gaya penyampaiannya sering menjadi perhatian, terutama penggunaan frasa unik seperti “sos yang jahat” dan “roti yang juicy“, yang mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSMN3aj93/
Gaya Ulasan Jadi Perhatian, CEO Kaki Review Ucap Terima Kasih kepada Netizen
Dalam sebuah video yang dimuat naik baru-baru ini, pempengaruh dengan lebih 100,000 pengikut di TikTok itu mengakui menerima segala teguran dengan hati terbuka.
Dia turut berterima kasih kepada warganet atas maklum balas yang diberikan serta berjanji untuk memperbaiki kekurangan dalam ulasannya pada masa akan datang.
“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada netizen kerana membantu menaikkan nama CEO Kaki Review. Ungkapan saya kini dikenali ramai, dan saya bersyukur atas segala sokongan serta perhatian yang diberikan,” katanya dalam video tersebut.
Dia juga menegaskan bahawa tidak menyimpan dendam terhadap sesiapa yang mengkritiknya, malah mendoakan kebaikan buat semua yang pernah menegurnya.
Selain itu, dia menyedari bahawa sebagai pengulas makanan, setiap ulasan yang diberikan boleh memberi kesan kepada perniagaan orang lain.
Oleh itu, dia berjanji akan lebih berhati-hati dalam memberikan pandangan agar tidak menjejaskan peniaga kecil yang mencari rezeki.
Kredit: TikTok ceokakireview