Seperti yang kita tahu, Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuka lebih banyak hospital sementara sekiranya kes baharu COVID-19 meningkat secara mendadak. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata hospital sementara yang dibuka akan menempatkan pesakit yang tidak memerlukan bantuan pernafasan.
Antaranya, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang dijadikan sebagai hospital sementara dan sebagai persiapan sekiranya berlaku gelombang ketiga memandangkan kepadatan penduduk di Kuala Lumpur adalah tinggi.
Jepun kagum dengan Malaysia!
Siapa sangka Dewan MAEPS boleh berubah kepada hospital sementara dengan mengambil masa selama 4 hari untuk menyiapkannya.
Bukan sahaja mengagumkan rakyat tempatan, malah berita ini juga telah membuka mata negara luar terhadap kecekapan negara Malaysia menguruskan musibah yang melanda.


Tangkas menghadapi bencana
