Jenazah Ashraf Sinclair selamat disemadikan di San Diego Hills, Karawang, Jawa yang dihadiri ramai kenalan arwah.
Dalam pada ramai ahli keluarga, rakan-rakan artis dan peminat terutamanya di Indonesia meluahkan rasa sedih mereka terhadap pemergian Ashraf secara mengejut ini, terdapat juga segelintir netizen di Malaysia mempertikaikan cara pengebumian arwah.
Macam budaya Kristian
Netizen mempersoalkan gambar arwah Ashraf yang diletakkan di atas kubur dan disamakan dengan cara orang Kristian.
Hormat budaya negara luar
Walau bagaimanapun, tidak semua netizen Malaysia mengecam.
Penjelasan dari netizen Indonesia
Melalui ruangan komen itu, seorang netizen dari Indonesia telah memberi komen dan bagusnya adalah dia langsung tidak marah sebaliknya memberi penjelasan dengan santun. Katanya, di Indonesia perkara ini berlaku hanya jika si mati adalah orang yang dikenali sahaja.
Sepatutnya kita harus hormat adat dan budaya orang lain bukan tahu nak mengkritik sahaja.
Sumber: Gempak Online