Seperti yang kita nampak, sekarang ni dah terdapat banyak pilihan platform penstriman seperti Netflix, Iflix, dan Viu yang menyajikan rancangan hiburan seperti drama dan filem untuk ditonton.

Tapi korang tahu tak, tak lama lagi akan ada satu lagi platform penstriman video yang lain daripada kebiasaan dimana ianya hanya menawarkan kandungan yang berlandaskan Islamik dan patuh syariah sahaja iaitu Nurflix.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, Nurflix bakal menemui rakyat Malaysia pada awal tahun depan.

Diasaskan oleh Brader Shah (kumpulan The Brothers) dan katanya penasihat Nurflix itu adalah Habib Ali Zaenal Abidin.

Patuh aqidah dan syariah di sini bukan hanya dalam bentuk drama yang dihidangkan tetapi merangkumi sekali dari pembikinan sehinggalah penerbitan drama itu sendiri yang dijaga oleh satu majlis yang memantau dari sudut aqidah dan syariah.

Content lab untuk sitkom The Khadijahs. Sitkom yang memaparkan kisah konflik dan isu harian yang dihadapi oleh…

Posted by nurflix.tv on Khamis, 13 Ogos 2020

Untuk penonton, ada pengkelasan penonton itu sendiri nanti iaitu umum, wanita, asatizah dan kanak-kanak. Jika ada yang menipu dgn menggunakan akaun wanita sedangkan diri dia adalah jantina yang berlawanan, itu tinggal urusan dia dengan Allah sedangkan Nurflix sudah usahakan option yang sebaik mungkin kepada para penonton.

Ahli Majlis Syura Nurflix.YBhg Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre, wakil BOD (Board of Directors) dan YM Ustaz Raja Ahmad…

Posted by nurflix.tv on Ahad, 2 Ogos 2020
[fbcomments]