Awal pagi tadi kita telah digemparkan dengan kejadian sebuah kerangka besi bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) tumbang semasa kerja pembinaan dijalankan di Kompleks Pasar Meru, Klang.
Insiden tersebut berjaya dirakam dan mular tular.
Mujurlah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan difahamkan jalan di lokasi terbabit ditutup di kedua-dua arah dan lencongan turut dibuat. Siasatan lanjut mengenai kejadian itu masih dijalankan.