Pelakon Ammar Alfian akui tidak terlepas daripada melakukan kesilapan sepanjang proses menjalani kehidupan. Berkongsi luahan rasa di laman Instagram, Ammar percaya masa buruk yang lalu tidak menentukan masa depan seseorang.
“Sebagai seorang muslim, perbezaannya adalah dosa saya untuk seluruh dunia melihat dan menilai.
“Mereka menggunakannya untuk mengeksploitasi dan fitnah bagi kepentingan mereka sendiri.
“Saya tidak boleh menyembunyikannya walaupun betapa sukar saya cuba. Tetapi saya mohon keampunan dan percaya pada Allah yang maha mengetahui semua perkara.
“Masa lalu yang buruk tidak menentukan masa depan. Kepada peminat dan pengikut, saya bukan seorang yang baik dan saya sedar tapi ambil perkara ini sebagai pengajaran untuk anda semua.“Ammar turut menyatakan bahawa dia reda apabila tidak lagi menerima tawaran berlakon di Malaysia.
Walaubagaimanapun, dia bersyukur apabila terdapat produksi dari luar negara yang berminat untuk bekerja dengannya.
Ammar yang telah mendirikan rumah tangga dengan Nelissa Nezam pada 6 Mac 2016 telah dikurniakan seorang anak lelaki, Kyro Shakur pada 31 Julai 2019.
Sebelum ini, kisah pergolakan rumah tangga pasangan itu juga pernah menjadi perhatian apabila Nelissa mendedahkan dicurangi Ammar ketika sedang hamil enam bulan.