Baru-baru ini tular beberapa foto memaparkan seorang lelaki ditangkap anggota ATM dan pihak polis sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan masih dijalankan.
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan, berkata, polis dan pihak ATM berjaya menangkap seorang lelaki berusia 21 tahun yang dipercayai cuba meloloskan diri setelah melakukan jenayah.

Orang suruh duduk rumah dia pergi mencuri
Umum sedia maklum, sekarang ini semua rumah ibadat termasuk masjid, kuil dan tokong telah diarahkan tutup. Jadi, suspek mengambil kesempatan dengan mencuri tabung masjid.
Bagaimana pun, kegiatannya tertangkap ketika mencuri tabung masjid dan pecah tokong, dan suspek cuba melarikan diri sehingga menyebabkan pergelutan.
Seorang penagih dadah…
Kejadian berlaku di Melaka dan setelah diperiksa, rupanya dia seorang penagih.