fbpx

Dalam Tempoh PKP yang sedang berjalan, ramai yang guna perkhidmatan rider bagi membeli makanan. Bagi yang tak pernah guna atau pertama kali menggunakan nya, tak dinafikan pasti ada sahaja perkara lucu atau tidak dijangka pernah terjadi kan?

Seperti perkongsian wanita ini, adik bongsunya mahu memesan sate. Tapi entah bagaimana sate yang sampai hanya secucuk sahaja. Lawak!

Adoiii laa adik aku ni. Dia nak order satay 10 cucuk. Terorder satu cucuk je. Mesti abg food panda tu gelak mengekek… Hahahaha

Menceritakan kembali ragam lucu si adik, kakak sendiri tidak tahan gelak. Pada asalnya si adik mahu memesan 10 cucuk sate tetapi terdapat kesalahan pada pesanan menyebabkan hanya secucuk yang sampai!

Sori laa semua. Adik saya ni jenis lurus. Sebenarnye dia tak reti guna apps foodpanda. Selama ni dia expert guna apps grabfood.

Harini dia try guna foodpanda. Dia nak order satay 10 cucuk terorder 1 cucuk dan dia jadi gabra tak tahu nak cancel mcm mana.

Untuk owner satay mintak ampun sebab adik sy terorder satu. Dia sebenarnya nak order 10 tp terorder 1. Dia cakap satay tu sedap. Untuk abg foodpanda tangkiuu sebab tolong hantarkan walau secucuk satay. Papepon stay think positif ya…

Macam manalah perniaga kedai tu kan

Ini pula respon peniaga sate tu :

Katanya, ketika kejadian sate dibungkus oleh anak buahnya yang baru berumur 13 tahun. Disebabkan itu, dia tidak perasan berkenaan ‘pesanan secucuk’ dan terus dihantar kepada pelanggan. Apa-apa pun dia berterima kasih di atas pesanan dan akan meningkatkan lagi prestasi jualan mereka.

[fbcomments]