fbpx

Malang tidak berbau. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita berusia 33 tahun ini apabila dia ditimpa kemalangan selepas melakukan aktiviti sukan ekstrem terjunan ‘rope swing‘ di Kuala Kubu Bharu, Selangor baru-baru ini.

Terhempas di batu & jatuh dalam sungai

Mangsa yang dikenali sebagai Siti Halijah Abd Rahim disahkan patah tulang belakang selepas menjalani aktiviti lasak tersebut.

Dikatakan ketika kejadian Siti Halijah baru sahaja selesai melakukan terjunan dan dia telah tergantung pada ketinggian 10 meter sebelum terjadinya kesilapan teknikal pada kabel sehingga menyebabkan dia terhempas ke atas batu sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Menurut adik mangsa ketika ditanya oleh sebuah portal hiburan tempatan, mereka sekeluarga masih lagi terkejut dengan apa yang terjadi kerana ketika kejadian semua keluarganya berada di tempat kejadian.

Tambahnya lagi, kejadian berlaku sangat pantas dan dia sempat mendengar kakaknya berkata “best gila”! sebelum terjatuh.

Pernah mendapat arahan polis

Ekoran daripada insiden itu, Selangor Kini melaporkan kerajaan negeri telah mengarahkan semua aktiviti hayunan tali tinggi dihentikan serta-merta.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan EXCO Sukan Selangor, pihak Majlis Bandaraya Hulu Selangor (MBHS) sebenarnya tidak pernah pun mengeluarkan lesen kebenaran kepada penganjur sukan tersebut sejak 2017.

Malah mereka pernah mendapat arahan polis untuk menghentikan operasi itu tetapi gagal menurut arahan dan meneruskan aktiviti berkenaan sehingga berlaku kejadian tidak diingini.

Ekoran kemalangan yang melibatkan seorang wanita terhempas itu, MBHS telah mengeluarkan notis untuk menghentikan aktiviti berkenaan serta serta mengosongkan kawasan berkenaan.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri mengarahkan semua aktiviti melibatkan hayunan tali tinggi dihentikan dengan serta merta.

Keluarga mangsa tidak menuding jari

Walau bagaimanapun, dia sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi dan berdoa agar kakanya itu kembali sembuh seperti sedia kala.

Kami tidak menuding jari ke arah pengendali khidmat aktiviti (rope swing) itu. Ini semua qada dan qadar Allah.

Mereka (pengendali) sangat professional dan bertanggungjawab di atas apa yang terjadi dari hari kejadian sehingga ke hari ini.

Difahamkan juga pihak pengurusan kawasan tersebut turut mahu bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

[fbcomments]