fbpx

Kekejaman China terhadap etnik Uighur semakin hari semakin rancak diperkatakan. Dengan bantuan media sosial dan rangkaian internet, dunia semakin membuka mata dengan penindasan yang berlaku kepada etnik ini.

Akhirnya setelah sekian lama, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telahpun bersuara. Mereka mengarahkan China untuk menutup semua kem tahanan yang mereka bangunkan atau mereka akan membatalkan Sukan Olimpik China 2022. 

PBB juga telah mengutuk tentang isu kekejaman dan penindasan yang mereka lakukan kepada etnik Uighur di Xinjiang.

PBB telah melakukan tindakan ini setelah sebuah kumpulan aktivis telah menganjurkan kempen memboikot sukan Olimpik Musim Sejuk China yang akan bermula pada 14 Februari tahun hadapan.

Ianya bermula apabila seorang warga China yang merupakan penduduk asal daripada puak Uighur yang dikenali dengan nama Irade Kashgary, telah menganggotai kumpulan No Right, No Games dengan tujuan untuk menegaskan kerajaan China supaya menutup kem tahanan tersebut serta dua lagi permintaan lain.

Antara permintaan yang dinyatakan adalah menutup kem tahanan dan Kerajaan China mesti menghormati hak etnik Uighur semasa di luar kem. Jika permintaan ini ditolak kerajaan China, kumpulan ini akan bertindak untuk memanggil Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk memindahkan temasya sukan itu ke negara lain.

Presiden IOC Thomas Bach turut menyatakan yang pihak mereka akan mengambil kira semua aspek dan bertanggungjawab dengan serius dalam menghadapi isu ini.

Namun, sehingga kini kerajaan China tetap ego apabila menyatakan kem tahanan tersebut hanyalah pusat pendidikan dan menafikan tindakan serta hukuman kejam diberikan terhadap tahanan.

[fbcomments]