Perkongsian pelakon cilik Duerra Mitilda yang kini berusia 10 tahun di Instagram mengenai hubungan cintanya dengan pelakon Hezriq Shah,13 tahun mendapat restu kedua keluarga mengundang kecaman netizen.
Warganet berpendapat mereka masih terlalu muda dan belum sesuai untuk menjalinkan hubungan cinta.
Namun bapa Mitilda yang ingin dikenali sebagai Amir enggan memanjangkan isu tersebut memandangkan ia melibatkan hal peribadi anaknya.
Saya dan isteri yang menjaga dan menguruskan Mitilda. Jadi saya rasa isu ni tak perlu nak dipanjangkan. Bagi saya, biarlah netizen nak buat andaian atau spekulasi mengenai perkara itu.
Hezriq dan Mitilda secara terbuka berkongsi mengenai hubungan cinta mereka di laman sosial.