fbpx

Bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, sudah tentunya hari perkahwinan mereka bakal meriah dihadiri oleh para tetamu yang hadir. Selain pengantin, pelamin juga sering kali menjadi tumpuan para tetamu dan menjadi tempat utama untuk bergambar.

Kebiasaannya, pelamin yang yang dipilih semestinya sangat gah serta dihias dengan pelbagai bentuk dan tema. Namun, buat pasangan ini mereka lebih menggemari sesuatu yang lebih ringkas namun masih lagi tampak menawan.

Bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, sudah tentunya hari perkahwinan mereka bakal meriah dihadiri oleh para tetamu yang hadir. Selain penganting, pelamin juga sering kali menjadi tumpuan para tetamu dan menjadi tempat utama untuk bergambar.

Kebiasaannya, pelamin yang yang dipilih semestinya sangat gah serta dihias dengan pelbagai bentuk dan tema. Namun, buat pasangan ini mereka lebih menggemari sesuatu yang lebih ringkas namun masih lagi tampak menawan.

Pelamin guna belon, kerusi & backdrop je

Pelamin pasangan ini telah digubah dan dihias sendiri oleh rakan baiknya yang dikenali sebagai Yusra. Yusra juga telah memuat naik sebuah posting dan beberapa keping gambar mengenai pelamin kawannya itu.

Tatkala pengantin lain pening memikirkan konsep pelamin idaman, Yusra telah melengkapkan hari bahagia rakannya itu dengan dekorasi yang cukup simple menggunakan belon helium sahaja.

Dedahnya lagi, kerja-kerja  menghias tersebut  mula dijalankan pada minit terakhir iaitu 1 jam setengah sebelum majlis berlangsung.

Pastikan outfit sesuai

Siapa menduga hiasan menggunakan belon yang mungkin hanya banyak digunakan pada majlis hari jadi ini boleh dihasilkan dengan cantik pada pelamin majlis perkahwinan.

Korang nak buat make sure outfit sesuai. Jangan pakai songket tapi deco balloon pulak! Dan pastikan ianya helium gas ok!

Bagus sebenarnya cara dan idea ini. Sekurang-kurangnya dapat menjimatkan dan mengurangkan kos sesebuah majlis perkahwinan itu. Difahamkan kos yang dikeluarkan kurang dari RM500.

[fbcomments]