Seorang lelaki yang tular kerana memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam keadaan berbahaya di Lebuhraya Sungai Besi akhirnya diberkas pihak polis selepas didapati positif tiga jenis dadah.
@mba_218 Masih berdegil walaupon sudah halang untuk bawak kereta🤦‍♂️ No plate UMK 130 ranger rover hitam #pdrmmalaysia #fyp #pemandukmabok
Pandu Kereta Dengan Bahaya, Pemandu Ditahan Selepas Positif 3 Jenis Dadah
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa memaklumkan bahawa ujian urin terhadap suspek berusia 32 tahun itu mengesan kandungan ketamin, methamphetamine dan amphetamine. Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Tindakan berisiko pemandu Range Rover Velar itu mula disedari selepas satu rakaman video berdurasi seminit tular di media sosial pada Sabtu, memaparkan SUV berkenaan dipandu dengan tayar belakang kanan dalam keadaan pecah dan hancur ketika menuju ke arah Taman Naga Emas sekitar jam 8 pagi.
![]()
Pergerakan berbahaya itu turut dirakam seorang penunggang motosikal sebelum kenderaan tersebut berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuchai Maju. Suspek kemudian tampil sendiri ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi Ahad, dengan mendakwa tindakannya berpunca daripada tayar pecah selepas terlanggar lubang dan dia meneruskan perjalanan kerana rumahnya berhampiran.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan polis turut meminta saksi yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Kredit: Sinar Harian