Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, meluahkan rasa terkilan selepas mendakwa pembantu rumah bekas suaminya bertindak mencium anak lelaki mereka yang sedang menerima rawatan di hospital.

Menurut perkongsian dimuat naik di Threads, kejadian itu berlaku ketika Nubhan hadir untuk melawat anak mereka bersama pembantu rumah berkenaan.

Dr Afifah Kecewa Anak Sakit Dicium Pembantu Rumah Ketika Lawatan di Hospital

Dr Afifah menjelaskan bahawa anaknya dicium di bahagian bibir tanpa pelitup muka, sesuatu yang disifatkan tidak wajar lebih-lebih lagi ketika kanak-kanak itu dalam keadaan kurang sihat.

“Bekas suami buat kejutan melawat anak di hospital. Tetapi dia bawa sekali pembantu rumah bersamanya dan dia cium anak saya di bibir tanpa memakai pelitup muka. Saya sangka hari menjadi lebih baik, rupanya jadi pahit,” tulisnya.

Beliau turut menyatakan rasa kecewa kerana tegurannya berhubung tindakan tersebut tidak mendapat sebarang respons sewajarnya, malah individu berkenaan hanya tersenyum seolah-olah tidak menyedari kesalahan yang dilakukan.

“Saya dah tegur.. lepas tu dah marah sikit pun tak cakap maaf dan buat muka senyum-senyum macam dialah terpaling sayang anak kita. Pelik la, saya tak boleh fikir,” ujarnya lagi.

Di ruangan komen, ramai pengguna media sosial turut berkongsi pandangan sama serta melahirkan kebimbangan bahawa perbuatan mencium kanak-kanak ketika sakit boleh mendedahkan mereka kepada risiko kesihatan tambahan. Situasi itu sekali lagi mengundang perhatian umum terhadap garis batas dan sikap berhati-hati ketika melawat pesakit, terutamanya kanak-kanak.

Dalam perkembangan berkaitan, Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 2 Disember lalu mengesahkan bahawa Nubhan dan Dr Afifah sudah bercerai selepas mahkamah meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah. Hakim Umamuddin Yunus turut memutuskan lafaz talak kedua yang diucapkan Nubhan pada 26 Ogos sebagai sah mengikut hukum syarak serta undang-undang keluarga Islam.

Pasangan yang berkahwin pada 29 Ogos 2015 itu dikurniakan tiga anak iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6; dan Afzan Nayille, 3 tahun.

Kredit: Threads drfietawfek

 

[fbcomments]