Terbaru, satu video viral menunjukkan kekecohan yang berlaku di dalam LRT apabila beberapa individu dilihat bergaduh.
Kantoi dengan tunang, keluar dengan perempuan lain
Mengikut video yang dirakam salah seorang penumpang LRT tersebut, kekecohan tu berlaku sebab seorang lelaki kantoi curang dengan tunangnya sendiri.
Al kisahnya, tunang lelaki dikatakan tengah nak keluar dating dengan kekasih gelap dia tapi kantoi pula. Tunangnya yang ditemani seorang wanita lain dipercayai rakannya itu dilihat cuba confront lelaki tersebut dan perempuan tu.
Perempuan simpanan yang marah lebih
Wanita berambut panjang itu kemudian berdiri dan terus lantang bersuara lepas dapat tahu dah kantoi tengah dating dengan tunangan orang.
Apa yang buat netizen meluat, sudahlah bercinta dengan tunangan orang tapi bila kantoi boleh pula ejek dan hina penampilan tunang kekasihnya tu.
“Well, tengok diri you lah. Kenapa dia pilih I?”
“Tengoklah dia. Dia tak cantik. Dah lah pendek, muka tak ada mekap. Kalau nak bandingkan dengan kau. Of course lah dia akan pilih aku!”
Ketika bergaduh, perempuan simpanan tu sempat cuba pujuk lelaki tersebut untuk pilih dia daripada tunangnya. Siap cakap macam ni lagi,
“Setakat tunang lah. Orang yang dah kahwin pun boleh bercerai!”
“You pilih perempuan pucat, buruk macam ni? I have everything!”
Korang tengoklah sendiri video ni:
Ramai juga yang kata ni hanyalah sekadar marketing je. Apa-apa pun, kita tengok je lah nanti…