Penyamun Sempat Bergembira 30 Minit Je Sebelum Maut Kemalangan Dengan Kenderaan Curi
Nampaknya keseronokan seorang lelaki untuk bergembira dengan kenderaan yang dicurinya itu hanya sementara sahaja dimana selepas 30 minit, dia telah maut dalam kemalangan di Jalan Johor Bahru- Kota Tinggi. Kejadian berlaku pada pagi semalam.
Baru larikan kenderaan 30 minit, penyamun maut kemalanganJOHOR BAHRU: Seorang lelaki hanya sempat ‘bergembira’ dengan kenderaan yang dilarikannya selama 30 minit sebelum maut dalam kemalangan di Kilometer 20.5 Jalan Johor Bahru- Kota Tinggi, pagi Ahad.Sementara itu, seorang lagi rakan jenayahnya yang di tempat duduk penumpang cedera parah, dan kini menerima rawatan di zon merah hospital. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Ismail Dollah berkata kenderaan itu dilaporkan hilang kira-kira jam 7 pagi di Taman Puteri Wangsa.Jelas Ismail, tuan punya kereta Proton Exora telah membuat aduan bahawa kenderaannya dilarikan oleh dua lelaki.Siasatan mendapati kemalangan itu berlaku apabila Proton Exora yang dipandu lelaki berusia 18 tahun itu bersama rakannya yang berumur 22 tahun, dari arah Johor Bahru menghala ke Kota Tinggi hilang kawalan.Proton Exora hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan dua kenderaan secara berhadapan iaitu Perodua Kelisa dan Myvi.Akibat kejadian, lelaki yang memandu itu yang cedera parah di bahagian kepala maut di lokasi kejadian, manakal penumpang parah.Pemandu Kelisa, seorang lelaki berusia 40-an serta penumpang dua kanak-kanak berusia 5 dan 8 tahun mengalami kecederaan. Wanita berumur 38 tahun yang memandu Myvi turut cedera.Kesemua mangsa terlibat kemalangan dihantar ke Hospital Sultan Ismail.Jelas Ismail, semakan turut mendapati, pemandu dan penumpang Exora masing-masing mempunyai tiga dan tujuh rekod jenayah lampau.Kes kemalangan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan, manakala kes jenayah disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.▶️𝘼𝙨𝙩𝙧𝙤 𝘼𝙬𝙖𝙣𝙞
Sementara itu, seorang lagi rakan jenayahnya cedera parah, dan kini menerima rawatan di zon merah hospital.
Kenderaan curi
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Ismail Dollah berkata kenderaan itu dilaporkan hilang kira-kira jam 7 pagi di Taman Puteri Wangsa.
Jelas Ismail, tuan punya kereta Proton Exora telah membuat aduan bahawa kenderaannya dilarikan oleh dua lelaki.
Hilang kawalan dan maut ditempat kejadian
Siasatan mendapati kemalangan itu berlaku apabila Proton Exora yang dipandu lelaki berusia 18 tahun itu bersama rakannya yang berumur 22 tahun itu hilang kawalan.
Proton Exora hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan dua kenderaan secara berhadapan iaitu Perodua Kelisa dan Myvi.
Akibat kejadian, lelaki yang memandu itu yang cedera parah di bahagian kepala maut di lokasi kejadian, manakal penumpang parah.
Pemandu Kelisa, seorang lelaki berusia 40-an serta penumpang dua kanak-kanak berusia 5 dan 8 tahun mengalami kecederaan. Wanita berumur 38 tahun yang memandu Myvi turut cedera.
Mempunyai rekod jenayah
Menurut kenyataan polis, kedua-dua penjenayah tersebut mempunyai tiga dan tujuh rekod jenayah lampau.