Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan keluhan seorang pelajar perempuan yang meluahkan rasa kurang senang terhadap peraturan sekolah menjelang jamuan raya.

Video tersebut menarik perhatian ramai apabila gadis itu menyuarakan rasa kecewa terhadap beberapa larangan yang dikenakan pihak sekolah, yang menurutnya terlalu ketat sehingga menjejaskan keseronokan menyambut majlis tersebut.

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZSrXmnjeL/

Jamuan Raya Sekolah Jadi Isu, Murid Dakwa Peraturan Terlalu Mengongkong

Dalam luahannya, pelajar itu mempersoalkan larangan memakai shawl, bersolek, membawa telefon bimbit serta kewajipan memakai kasut sekolah walaupun majlis itu bersifat santai dan perayaan.

“Kata nak happy tapi make up sikit tak boleh, tudung shawl tak boleh pakai, phone tak boleh bawa, wajib kasut sekolah. Baik tak payah buat jamuan,” katanya menerusi video berkenaan.

Bagaimanapun, pendapat itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Ada yang bersetuju dan menganggap sesetengah peraturan sekolah tidak lagi relevan dalam konteks majlis sambutan, manakala ramai juga yang berpandangan pelajar perlu menghormati peraturan sedia ada.

Seorang pengguna TikTok memberi respon bahawa peraturan sekolah lazimnya tidak berubah dan telah ditetapkan demi menjaga disiplin pelajar.

“Peraturan sekolah memang tidak pernah berubah. Salah jika tidak puas hati dengan peraturan sekolah. Belum ada lagi sekolah yang benarkan pelajar untuk bersolek kecuali pihak pentadbiran memberikan kebenaran sedemikian,” katanya.

Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman zaman persekolahan mereka, di mana mereka hanya dibenarkan memakai pakaian seragam walaupun ketika majlis perayaan di sekolah. Maka, mereka beranggapan pelajar sekarang lebih bernasib baik kerana masih diberi ruang untuk beraya dengan sedikit kelonggaran.

Kredit: TikTok sitinurteemah

[fbcomments]