Tular di media sosial baru-baru ini rakaman video seorang lelaki yang dilihat meracau, berjalan tanpa kasut dan seolah-olah mengalami gangguan mental.

Ramai terkejut apabila identiti lelaki itu dikenal pasti sebagai Mohamad Asmawi iaitu bekas pemain hoki remaja kebangsaan yang pernah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Video di bawah:

https://www.facebook.com/share/18sybE5rr3/?mibextid=wwXIfr

Bekas Pemain Hoki Kebangsaan Kini Kurang Siuman

Asmawi sebelum ini mewakili Malaysia dalam beberapa kejohanan penting, termasuk di Jerman, India dan Pakistan. Menurut sumber, dia juga pernah bergandingan bersama skuad bawah 16 tahun negara serta menyertai temasya Sukan Malaysia (SUKMA) mewakili Terengganu.

Seorang bekas rakan sepasukan mengesahkan bahawa individu dalam video tersebut memang Asmawi, yang dahulunya dikenali sebagai pemain bersemangat dan berpotensi tinggi.

“Memang itu Mawi. Kami pernah satu pasukan sejak zaman sekolah sukan lagi. Dia seorang yang ceria, tapi sekarang keadaannya sangat menyedihkan,” katanya.

Katanya, Asmawi pernah mengalami masalah kesihatan mental beberapa tahun lalu namun berjaya dirawat. Malangnya, keadaan itu kembali berulang.

“Kali terakhir saya dengar, dia pernah dibawa ke hospital dan keadaannya bertambah baik. Tapi nampaknya dia kembali sakit. Kami bimbang dan harap ada yang sudi bantu,” katanya lagi.

Asmawi yang kini berusia 36 tahun difahamkan memilih untuk meninggalkan dunia sukan ketika usianya sekitar 25 tahun dan pulang ke kampung halaman.

Kredit: Harian Metro

 

 

 

[fbcomments]