Tidak dinafikan persaingan 12 finalist dalam Anugerah Juara Lagu ke-34 malam tadi mempunyai vokal yang cukup mantap dan persembahan setiap dari mereka cukup memukau.

Bagaimanapun,terdapat beberapa kontroversi melibatkan persembahan finalist termasuklah mengenai persembahan dari penyanyi Aina Abdul sehingga mengundang kecaman dari pelbagai pihak termasuklah dari persatuan kesihatan mental.

Konsep bunuh diri keterlaluan

Persatuan Peduli Mental Malaysia (MIASA) menyifatkan persembahan konsep “bunuh diri” berkenaan sebagai keterlaluan. Pada persembahan itu, Aina berpakaian serba putih dan dilihat menikam dadanya sehingga ‘darah’ keluar membasahi pakaiannya.

“Sangat mengejutkan. Apakah sudah tiada idea kreatif lain sehingga mendesak untuk melakukan persembahan yang berkonsepkan bunuh diri di pentas AJL tahun ini? Stesen TV dan produksi sepatutnya sudah sedia maklum dengan larangan adegan sedemikian di media.”

Melanggar Guidelines For Media Reporting on Suicide

Tambah MIASA, persembahan itu melanggar Guidelines For Media Reporting on Suicide yang melarang sebarang bentuk adegan mencederakan diri atau memudaratkan diri dengan menunjukkan cara dan kaedah untuk melakukannya.

“Bagi individu yang memiliki masalah mental, adegan seperti ini boleh menyebabkan trigger (pencetus) yang boleh menggangu pemikiran dan mungkin mendorong mereka melakukan perbuatan yang merbahaya juga.

Simbolik hancurnya hati seorang wanita

Enggan pelbagai spekulasi liar terus timbul, Aina tampil menjelaskan persembahannya itu adalah simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita. Ia kekecewaan yang ditanggung wanita selepas melukai hati insan tersayang.

[fbcomments]