Terkini PDRM buat julung kalinya akan mengadakan promosi diskaun saman sebanyak 50% secara online.

Jika sebelum ini diskaun 50% hanya ditawarkan di sebahagian IPK, namun kali ini PDRM akan menganjurkannya secara online melalui portal MyEG dan RILEK.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, pihaknya akan lebih menekankan e-pembayaran bagi mana-mana pihak untuk melunaskan saman-saman tertunggak terutama sempena musim perayaan ini.

Tapi kali ini saya cuba beri diskaun istimewa iaitu sebanyak 50%. Ini tidak pernah kami buat maka saya fikirkan ‘bayaran dalam talian’ yang tidak memerlukan anda semua berbaris sehingga berjam lamanya.

Kami juga difahamkan diskaun saman ini adalah untuk semua saman PDRM dan sah sehingga 1 Februari 2020 untuk semua rakyat Malaysia!

[fbcomments]