Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu pertandingan unik yang menguji keupayaan peserta untuk menangis, yang diadakan di Expo Kelate Pantai Irama Bachok.
Acara ini menarik perhatian ramai, termasuk pelancong yang kebetulan berada di lokasi.
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZS6KWqBhR/
Pertandingan Menangis di Kelantan Tular, Peserta Gigih Keluarkan Air Mata
Menerusi video yang dikongsi di TikTok @expo.kelantan.event, peserta dilihat bersungguh-sungguh mempamerkan ekspresi kesedihan bagi menumpahkan air mata. Ada yang merenung jauh, ada yang menundukkan wajah, malah ada yang mengelap mata berulang kali demi membuktikan keupayaan mereka dalam pertandingan ini.
Lebih menarik, usaha mereka tidak sia-sia kerana pemenang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500. Pelbagai reaksi wajah para peserta dapat dilihat oleh penonton yang hadir, masing-masing berusaha keras untuk menang dalam acara yang jarang dianjurkan ini.
Walau bagaimanapun, pertandingan tersebut turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang terhibur melihat gelagat peserta, namun segelintir pihak berpendapat acara seperti ini sekadar dibuat untuk ‘konten’ tanpa memberi manfaat yang jelas.
Meskipun begitu, pertandingan ini tetap mencipta suasana meriah di expo berkenaan, membuktikan bahawa kreativiti dalam menganjurkan acara mampu menarik minat ramai, walaupun ia di luar kebiasaan.
Kredit: TikTok expo.kelantan.event