Bila hari raya, pasti semua tengah berhias cantik dengan pakaian baru. Yang lelaki pasti dengan baju melayu, kurta atau jubah beserta songkok mahupun tanjak.
Tapi bagi mereka yang tidak dapat cuti meraikan hari raya ini, dan terpaksa bertugas, pasti baju uniform yang menjadi baju tema raya tahun ini!
Tapi itu bukan alasan untuk kita tidak merasai raya. Hari ini tersebar gambar seorang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia yang memakai songket sampin bersama tanjak dengan berpakaian lengkap alat pelindung diri (PPE) ketika melakukan sanitasi selepas membawa beberapa penghuni yang dikuarantin di Jalan Pinang, Kuala Lumpur dipercayai positif COVID19 untuk dibawa ke pusat rawatan di MAEPS, Serdang pada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang melanda negara.
Fuhh gigih dan semangat Hari Raya!