fbpx

Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Allahyarham Abdul Aziz Aznam dilaporkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan kediaman sebuah kem tentera di Batu Pahat, Johor pada 29 Ogos lalu.

Susulan daripada insiden itu, ahli keluarga Allahyarham berharap agar pihak berkuasa akan menjalankan siasatan secara adil dan telus.

Tak tahan kena ragging

Walau bagaimanapun, menurut Amirulnaim, abang kepada arwah, sebelum ini adik bongsunya yang telah menjalani latihan pada 2018 lalu pernah mengadu tidak tahan dibuli di kem sehingga pernah berhasrat untuk menamatkan perkhidmatannya.

Tetapi keputusannya itu kurang dipersetujui oleh ahli keluarga malah mereka menganggap ianya perkara biasa selain meminta Allahyarham untuk terus bertahan. Tetapi lama-kelamaan, mereka akhirnya akur dengan keputusan Allahyarham.

Arwah pernah menyatakan hasrat berhenti daripada berkhidmat dalam pasukan tentera kerana tidak tahan kena ‘ragging’

Saya perasan sejak Disember tahun lepas, dia selalu cakap tak tahan duduk sana, hari-hari kena, tapi kami anggap itu perkara biasa, sehinggalah arwah ambil keputusan untuk pulang ke rumah dan duduk di sini selama lebih enam bulan.

Sepanjang tempoh dia di rumah, dia nampak betul-betul ceria, tolong mak dan adik beradik lain buat kerja, jadi bila dia beritahu sekali lagi yang dia nak berhenti, kami tak sampai hati dan bersetuju dengan keputusannya itu.

Pipi digosok dengan berus besi dan ditumbuk

Berita Harian turut melaporkan, Allahyarham pernah mengadu pipinya digosok dengan berus besi dan sering kali ditumbuk.

Malah Allahyarham juga didakwa perna pulang ke rumah sekitar Januari lalu dalam keadaan yang tidak terurus selain terdapat parut pada wajahnya.

Parut luka berkenaan dipercayai akibat digosok dengan berus besi dan mangsa didakwa sering kali ditumbuk ketika berada di kem. Arwah lari dari kem sebab tak tahan kena ‘ragging’ dan dia balik ke kampung dengan keadaan yang tidak terurus.

Arwah ada menunjukkan gambar yang diambilnya terdapat kesan lebam-lebam lama di keseluruhan bahagian badan dan dia menyatakan tidak tahan kerana diperlakukan begitu.

Menguruskan proses tamat perkhidmatan

Amirulnaim berkata, arwah kemudiannya pulang ke kem pada 28 Ogos lalu untuk melapor diri malah dengan harapan dapat menguruskan proses tamat perkhidmatan.

Saya dan mak yang hantar dia sampai ke pintu kem, bila semuanya selesai kami pun pulang, tapi tak sampai 24 jam, keesokan pagi sekitar jam 3 pagi saya dapat panggilan yang adik jatuh dari tingkat tiga bangunan.

Saya dan mak menyusul ke hospital dan ketika itu keadaan adik sungguh menyayat hati, dia dah tak sedarkan diri.

Tambah Amirulnaim, mereka sekeluarga reda dengan kejadian terbabit selain menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat dengan telus mengikut undang-undang.

[fbcomments]