Bank Negara baru sahaja mengumumkan penanguhan bayaran balik selama 6 bulan untuk semua pinjaman bank secara automatik bermula dari 1 April 2020!

Ini adalah untuk membantu meringankan aliran tunai perusahan kecil dan sederhana dan individu yang terjejas dengan COVID 19 ni!

Bermula pada bulan April nanti, Bank secara automatik akan tangguhkan semua bayaran balik pinjaman bagi individu dan peminjam SME! So maksudnya tak perlu nak apply! Automatik akan tangguh untuk bayar!

Moratorium secara automatik digunakan untuk pinjaman dan pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April 2020 dan disebut dalam Ringgit Malaysia.

Tetapi tangguhan pembayaran ini tidak termasuk dengan Kak Kredit!

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, boleh call hotline perkhidmatan pelanggan bank untuk maklumat lanjut!

Maklumat Lanjut: Klik Disini

[fbcomments]