Penyanyi dangdut yang juga selebriti Indonesia, Lucinta Luna atau nama asalnya, Muhammad Fatah ditangkap polis selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis ecstacy.
Namun polis Indonesia kini bingung sama ada mahu menempatkan penyanyi transgender berumur 30 tahun itu di lokap lelaki atau wanita, selepas selesai proses siasatan nanti sebelum menjalani proses tindakan perundangan selanjutnya.
“Sel (lokap) perempuan atau laki (lelaki), kami belum (memastikan), penahanan masih di ruang penyelidikan (bilik siasatan),” kata Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Metro Jakarta Barat, Iptu Bachrun.
Penyanyi itu pernah menghasilkan klip video lagu berkenaan bersama jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Sajat.