Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan 63 individu yang ingkar arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua individu itu akan dikesan dengan menggunakan kepakaran PoIis Diraja Malaysia (PDRM).

“Setakat ini kita masih ada 63 individu yang belum dikesan. Apa KKM laksanakan adalah bekerjasama dengan pihak PDRM.”

Dalam perkembangan sama, katanya, pihaknya boleh menimbangkan cadangan kemungkinan menggunakan ‘wristband’ atau gelang kuarantin Covid-19 yang boleh mengesan lokasi pemakainya seperti di Hong Kong.

Namun, beliau berkata, cadangan penggunaan alat itu perlu diteliti termasuk kos yang perlu dibelanjakan.

“Kita boleh pertimbangkan tetapi ada kos yang perlu diteliti. Sekarang kita guna MySejahtera. Aplikasi ini juga dapat memberikan kita maklumat.”

[fbcomments]