fbpx

Enam tahun menjalinkan persahabatan, pelawak Shahrol (Shiro) mendedahkan tidak menggemari sikap dan karakter pengacara Alif Satar ketika awal perkenalan mereka.

Digandingkan bersama menerusi program Sukalattew terbitan Astro, Shahrol berkata, sukar untuk dia menerima cara Alif yang dianggap ‘poyo’ atau menjengkelkan.

Minggu pertama sebelum start program tu aku cubalah berbual dengan dia. Masa berbual sikit-sikit cakap omputih, siap dengan kening terangkat sambil buat rolling eyes kat aku.
 
Dalam hati ‘poyo gila mamat ni’ ni kompom jenis-jenis minum laga gelas dulu, nak buang air pun kat KLCC ni. Minggu tu aku mintak nak tarik diri sebab tak nak partner dengan mamat ni.
 
Rupanya dia pun sama, tak nak partner ngan aku jugak. Katanya aku macam budak kampung. Sikit-sikit sebut nama Kluang. Macam lah ada Pavillion kat Kluang tu.

Bos ketika itu sudah pening kepala dan akhirnya kami dipaksa untuk bekerja dahulu selama sebulan.

Namun, siapa sangka permulaan yang pahit itu akhirnya menjadikan pelawak, Shahrol Shiro dan penyanyi, Alif Satar sebagai rakan karib hingga kini.

Selepas bekerjasama dalam program tersebut, barulah dia tahu yang pandangannya terhadap Alif adalah jauh berbeza daripada tanggapan pertamanya.

Jelasnya, Alif disifatkan sebagai seorang pendengar yang baik dan akan membantu bila dia mempunyai masalah.

Alif juga seorang yang menjaga solat sekaligus menukar persepsi awal yang saya anggap dia sebagai seroang budak moden ke arah barat.

[fbcomments]