Puteri Sarah Liyana, 38 mengakui menyesal berkahwin dengan Syamsul yang dilabel sebagai lelaki narsistik atau mementingkan diri sendiri.
Melalui hantaraan dibuatnya di Instagram, dia mahu mengakhiri drama tidak berkesudahan itu dengan Syamsul dan mahu memulakan kehidupan baharu bersama dua anaknya.
Hari ini, Puteri Sarah memadam semua hantaran dibuatnya sebelum ini di Instagram mengenai konflik rumah tangga mereka kerana sudah penat dengan urusan penceraian yang belum selesai.
Sudah tidak peduli
Puteri Sarah juga tidak peduli sama ada Syamsul mahu membayar nafkahnya atau tidak kerana dia tidak mahu sesen pun harta lelaki tersebut.
“Saya padam semua hantaran saya sekarang bukan kerana takut, tetapi saya sangat penat. Serius, saya penat dengan semua drama ini.
“Kepada Mohd Shamsul (Syamsul Yusof), kau tak nak bagi nafkah aku? Suka hati kau. Kau nak menang? Kau menanglah, aku kalah. Kau jawab kat akhirat nanti. Saya hanya mahu keluar dari perkahwinan toksik ini.
“Saya hanya mahu teruskan kehidupan dan bergembira dengan anak-anak saya.
“Mama dan papa akan sentiasa kekal pada saya sebagai mama dan papa hingga ke syurga. U nak menang? Uambillah semua harta u. Aku tak nak satu sen pun. Cuma hak anak sebagai ayah bertanggungjawab. Lepaskan aku, ceraikan aku,” tulisnya.
Puteri Sarah juga ada memuat naik sebuah video meluahkan perasaan yang terbuku dengan linangan air mata. Katanya dia tidak mahukan harta dan ingin dilepaskan demi mencari kebahagiaannya sendiri.
Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.