Seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi, Fawziya Mohamed tidak menyangka terpilih bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
anita berusia 38 tahun ini tidak menyangka permohonannya untuk menunaikan ibadah haji diluluskan ketika negara itu mengehadkan bilangan jemaah ekoran penularan COVID-19.
“Ini adalah kali pertama saya akan menunaikan haji. Alhamdillah, saya sangat bersyukur kerana idak menyangka saya mendapat peluang sekali seumur hidup ini.”
Ketika dihubungi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Fawziya seakan tidak percaya dan menyifatkan rezeki yang diterimanya itu hadiah paling berharga sempena ulangtahun kelahirannya pada 28 Julai.
Untuk pengetahuan, beliau adalah antara lapan rakyat Malaysia yang terpilih, di mana mereka terdiri daripada pelajar dan pekerja di Jeddah, Madinah dan Riyadh.