Difahamkan penyanyi Hip Hop, Zizi Kirana masih lagi diganggu mesej nakal dalam laman sosial miliknya. Biarpun beberapa kali diberikan amaran, tetapi mereka tidak pernah serik menghantar mesej lucah.

Terbaharu, Zizi berkata, dia menerima mesej seorang budak bawah umur yang mahu mengajaknya melakukan hubungan seks.

“Ikutkan hati memang nak marah, tetapi saya lebih suka menggunakan pendekatan berdiplomasi dengan menasihatkannya supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran.

“Tiada guna marah-marah, kena cari pendekatan lain untuk menasihat budak bawah umur.”

Berhijab pada Ramadan lalu

Zizi kelihatan manis apabila mengenakan hijab pada Ramadan lalu. Penampilannya mendapat pujian netizen sebaik sahaja foto bertudung dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya.

Bagaimanapun, tindakannya membuka semula tudung dan berimej seksi yang cukup sinonim dengannya menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan netizen.

Kini tidak lagi berhijab

Untuk mengelakkan kekeliruan, Zizi berkata, imej berhijab itu bukanlah kekal, sebaliknya ia adalah bagi menghormati kehadiran bulan yang penuh kemuliaan itu.

“Saya sendiri tak faham kenapa netizen perlu nak memperbesarkan soal ini kerana saya sudah menjelaskan perkara itu sejak awal lagi…. Memanglah teguran dibuat sebagai tanda sayang, tetapi jika sampai tahap guna perkataan kesat dan menyakitkan hati, itu memang saya tak boleh terima.”

Penampilan kini lebih seksi

Zizi mempersoalkan, seksi sangat gambar yang dimuat naik?

“Bagi saya, biasa sahaja. Lagipun semua orang tahu saya selesa dengan penampilan sebegitu. Janganlah cepat menghukum orang hanya berdasarkan pakaian. Setiap orang pasti ada sisi baik dalam kehidupannya. Sama seperti orang lain, saya juga mempunya impian untuk ke arah yang lebih baik.”

Ramai ustaz nak try Zizi?

Menurut Zizi, kini ramai pula ustaz-ustaz yang cuba mendekati dirinya.

“Tidak dinafikan, ramai golongan ustaz mula mendekati. Saya sendiri terkejut apabila pengurus menunjukkan mesej peribadi yang dihantar ramai lelaki yang mendakwa diri mereka adalah ustaz.

“Rata-rata melahirkan hasrat untuk mengenali saya dengan lebih dekat lagi, malah ada antara mereka yang sanggup menunjukkan kehebatan mengaji dan memberitahu mereka menghafal pelbagai surah sebagai bukti mereka adalah ustaz.”

“Apabila situasi ini berlaku, terdetik dalam hati apa yang mereka nampak dalam diri saya hingga ingin berkenalan. Selalunya golongan ustaz mencari pasangan yang menutup aurat.”


[fbcomments]