Baru-baru ini tularnya satu kejadian yang memaparkan seorang penghantar makanan FoodPanda terpaksa berjalan kaki selepas motornya disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Beliau yang kelihatan reda berjalan kaki sambil menggalas beg itu telah meraih simpati netizen sehingga terdetiknya pertolongan dari seorang hamba yang berhati mulia untuk membantunya.

@aisarkhaledd

Suprise Motosikal Kepada Rider FoodPanda Yang Kehilangan Motosikalnya Kena Sita Oleh Pihak Berkuasa . 💔 #riderfoodpanda #motor #jpjmalaysia #sedekah #foryou #aklegacyteam #aisarkhaledd #epyepe

♬ Royalty – Egzod & Maestro Chives & Neoni

Aisar Khaledd Belanja Motosikal Baru

Susulan tularnya isu berkenaan, seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Aisar Khaledd terbuka hati untuk membelikan motosikal yang baharu buat abang food panda terbabit sambil membawanya ke tempat yang mereka beli motosikal itu. Berdasarkan video yang dimuat naik oleh beliau di laman TikTok, rider yang dikenali sebagai Syahrul tersebut menceritakan bagaimana motornya boleh disita oleh pihak JPJ.

“Saya nak hantar food panda dari Salak Tinggi ke Nilai. Ada roadblock saya macam biasalah, saya kena saman, motor kena sita. Sebab salah saya road tax mati”, luahnya kepada Aisar sambil mengelap air mati akibat tidak dapat menahan kesedihan apabila teringatkan kejadian itu.

Sebak Dapat Motosikal Baru, Rezeki Buat Syahrul

Melihat dengan lebih lanjut video tersebut, Aisar telah membawa Syahrul ke kedai motosikal dan beliau membuat kejutan untuknya dengan menghadiahkan sebuah motosikal jenama Yamaha LC. Akibat sebak dan terharu, Syahrul menitiskan air mata lalu memeluk Aisar selepas menerima kejutan tersebut. Bukan itu sahaja, bahkan Aisar juga memberikan sedikit sumbangan dalam bentuk wang ringgi namun tidak dinyatakan berapa jumlahnya.

“Alhamdulilah ini rezeki abang. Kita baik ramai orang sayang”, kata Aisar.

Terima Kasih Aisar

Video yang dimuat naik oleh Aisar itu telah meraih sebanyak lebih 7 juta tontonan bersama 1 juta likes. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sikap Aisar yang murah hati dan mendoakan beliau agar sentiasa dimurahkan rezeki. Buat Syahrul pula, netizen turut mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan selepas ini.

Kredit: TikTok aisarkhaledd, FB Aisar Khaledd

[fbcomments]