Pelakon Anzalna Nasir tampil menjelaskan kedudukannya selepas kehadirannya sebagai pengiring pengantin pada majlis pernikahan Amira Othman dan Fattah Amin mengundang persoalan sesetengah pihak.
![]()
Anzalna Hormati Kedua-Dua Sahabat, Tegaskan Tiada Konflik Selepas Jadi Bridesmaid Amira
Anzalna, 37, menegaskan tidak wajar wujud sebarang spekulasi kerana hubungannya dengan Amira dan Nur Fazura kekal baik, malah dia menghormati kedua-dua selebriti tersebut. Katanya, masing-masing memiliki keistimewaan tersendiri sebagai wanita hebat dan dia berasa bertuah dapat bersahabat dengan mereka.
“Jangan kita cipta drama yang tidak perlu. Saya sangat menghormati Fazura dan Amira Othman,” tulisnya.
Selain meluahkan rasa syukur, Anzalna turut menyeru agar orang ramai berhenti mencetuskan drama yang tidak perlu serta mendoakan yang terbaik buat semua pihak. Beliau berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.
![]()
Untuk rekod, selain Anzalna, majlis pernikahan Amira turut diserikan dengan kehadiran beberapa rakan selebriti lain sebagai pengiring pengantin termasuk Ernie Zakri, Qasrina dan Nabila Razali. Fattah sah bergelar suami kepada Amira dalam majlis akad nikah di sebuah resort di Sepang hanya dengan sekali lafaz.
Kredit: Instagram anzalnanasir88