Tak kan lah selamanya nak menyewa kan, mestilah korang ada hasrat nak beli rumah sendiri terutamanya bagi pasangan yang dah berkahwin. Betul tak? 

Zaman semakin maju, harga rumah pun semakin naik dengan majunya! Sebab tu lah ramai yang buat joint loan kerana pendapatan personal mereka, tak layak untuk dapatkan pinjaman yang besar.

Bila mereka buat ini (joint loan) dengan pasangan, baru mereka layak dapatkan jumlah loan yang lebih banyak. Tapi adakah tindakan ini betul?

Jom ikuti thread yang dikongsikan oleh Mohd Kautharr :

Bila join income jadi 5k, so layak beli rumah 500k-600k

Jika si suami meninggal, macam mana dengan rumah tu?

So 50% bahagian suami tu macam mana?

Bab duit, orang boleh gelap mata

Tinggal lah si balu dan anak-anak tanpa rumah

Jadi apa perlu dibuat?

Apa-apa pun, pilihan di tangan korang, bincang bebaik sebelum membuat keputusan.

[fbcomments]