fbpx

Sejak 2 hari ini nama Rayhan Kabir atau lelaki Bangladesh  yang bekerja di Malaysia ini menerima kecaman hebat dari wargamaya kerana mengeluarkan statement yang tidak betul ketika ditemubual oleh Al Jazeera.

Semalam pihak Imigresen Malaysia pula mengeluarkan kenyataan meminta orang ramai menjejaki Rayhan Kabir yang dilihat telah menutup akaun FBnya setelah bertalu-talu di serang oleh netizen Malaysia.

“Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama Md Rayhan Kabir, nombor pasport BW0974403 berumur 25 tahun.

Namun beliau sempat meninggalkan komen kemarahannya dengan meletakkan jari tengah pada gambar bendera Malaysia dan menyatakan Malaysia melayan warga asing seperti binatang.

Berdasarkan maklumat diri yang tertera di Facebook, Rayhan Kabir yang mengaku dirinya bertugas di syarikat Malik Streams Production & Distribution sebagai Ketua Pemasaran, ternyata palsu.

Nama : M RAYHAN KABIRPerangai : khianat kepada Malaysia dan YDP Agung kerana menyebarkan info salah kepada Al Jazeera…

Posted by Encik Khairul on Ahad, 5 Julai 2020

Bukan pekerja kami

Berdasarkan satu kenyataan rasmi Malik Streams Production & Distribution, menafikan bahawa Rayhan Kabir merupakan kakitangan mereka.

Sebaliknya, lelaki terbabit hanyalah berkhidmat sebagai kontraktor tetapi sekarang sudah tidak lagi, dan tidak pernah memegang jawatan sebagai ketua pemasaran.

Pihak Malik Streams turut terkejut dengan dakwaan itu, mengakui turut terkena tempias apabila laman Facebook mereka didatangi pelbagai komen bertanyakan mengenai isu tersebut.

[fbcomments]