Berikutan tragedi yang terjadi semalam, terdapat ramai saksi yang menyaksikan detik-detik cemas yang terpaksa mereka lalui dengan hati yang perit. Terbaru, seorang lelaki yang muncul sebagai saksi memaklumkan bahawa beliau menyaksikan pesawat terhempas depan mata, namun pasrah tidak dapat untuk menolong menyelamatkan mangsa.

Masih Tak Boleh Tidur Terbayangkan Arwah

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Mstar, pesawat tersebut terhempas di depan matanya sendiri dan ketika turun dari lori, beliau terdengar jeritan mangsa meminta tolong. Beliau memaklumkan bahawa beliau hanya sempat ambil pemadam api yang ada di dalam lorinya itu.

“Saya terus pergi dekat mangsa, masa tu dia masih bergerak. Saya nak dekati dia yang masih bergerak, tapi masih ada barang-barang yang meletup. Saya terus pergi tembak pemadam api, tapi tak cukup untuk padam api di badannya. Saya sudah cuba nak menyelamatkan rider motor, maafkan saya..”, jelas Muhd Affendi ketika ditemu bual oleh Mstar.

Serba Salah Sebab Tak Dapat Tolong

“Arwah jerit minta tolong. Saya tak sanggup tengok dia merangkak sebut nama Allah minta tolong. Pemadam api saya dah habis pakai untuk padamkan mangsa. Saya rasa bersalah sebab tak dapat bantu dia terbakar. Maafkan saya tak dapat selamatkan arwah, saya dah cuba”, luah Affendi lagi yang rasa serba salah kerana tidak dapat membantu penunggang motosikal yang hangus dijilat api dalam kejadian semalam.

Difahamkan lagi, ketika kejadian rakannya yang merupakan kelindan lori telah menghubungi panggilan kecemasan, manakala beliau keluar untuk menyelamatkan mangsa.

“Saya mula-mula sebak sebab arwah minta tolong, badan dia terbakar. Tapi tak mampu nak tolong sebab masa tu ada benda yang meletup. Selepas itu baru saya tolong. Mungkin Allah nak uji saya denganc ara ini. Saya kuat kerana arwah.. saya masih terbayangkan kejadian”, katanya lagi.

Kredit: Mstar

[fbcomments]