Dalam zaman di mana kos sara hidup makin tinggi yang menuntut kita suami isteri bekerja untuk mengukugkan kewangan keluarga.
Namun begitu, bagi suami isteri yang mempunyai anak pastinya berdepan cabaran meninggalkan anak mereka.
Iya lah, ibu bapa mana yang tak risau meninggalkan anak-anak mereka, tidak dapat melihat anak di depan mata. Lagi-lagi di zaman sekarang yang semakin berleluasa kisah penderaan kanak-kanak yang dapat kita lihat seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Walau bagaimanapun, dalam Islam ada diajar beberapa doa tertentu sebagai perlindungan buat anak-anak sebagaimana yang diajar oleh Nabi sendiri.
Ikuti perkongsian Imam Muda Asyraf atau nama sebenarnya Asyraf Ridzuan di instagram beliau;
Ini Antara doa sunnah yang diajar oleh Nabi SAW buat pelindungan anak-anak kita seperti mana yang di bacakan oleh Nabi Ibrahim AS pada anaknya Ismail dan Ishak.
أعود بكلمات الله التامة من كل شيطان وهامه ومن كل عين لامة
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna (Alquran, Nama-NamaNya dan Sifat-SifatNya) dari segala ancaman Syaitan dan segala bahaya binatang berbisa serta segala kejahatan mata (penyakit ‘ain).
Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.