Usahawan kosmetik, Sajat dilihat begitu aktif menyalurkan bantuan kepada pihak yang terkesan susulan pandemik Covid-19.
Terbaru ni,kelihatan Sajat telah mengunjungi sebuah rumah yang begitu daif didiami keluarga susah. Ramai yang mendakwa Sajat ikut cara Pendakwah Bebas, Ebit Lew yang sentiasa dan banyak membantu orang susah.
Cuba mencari golongan seperti ini setiap bulan
Antara bentuk bantuan yang diberikan adalah duit sumbangan sebanyak RM200, barang keperluan harian seperti beras, kicap, Milo dan banyak lagi. Malah difahamkan, dirinya cuba lakukan kebaikan seperti ini pada setiap bulan.
Dia juga turut mencari dan memberikan rumah sewa yang dibiaya sepenuhnya serta diberikan kelengkapan rumah yang lengkap untuk memberi keselesaan untuk membesarkan anak si kecil.
Sajat datang bulan
Namun apa yang menarik perhatian dan pertikaian netizen setelah terlihat air tin Redbull di dalam keretanya…
Tak cukup dengan itu, ada juga netizen menjatuhkan hukum seperti;
Walau apa pun niat Sajat dan apa yang dia dah lakukan sebelum ni, sebaiknya jangan kita terlalu cepat menjatuhkan pahala dan dosa seseorang kerana itu adalah rahsia Allah. Sama-sama kita doa yang terbaik.