Siapa sangka ketika dunia dilanda salji dan ais di kebanyakan kawasan pada Januari ini, gurun di Afrika dan Arab Saudi turut tidak terkecuali.
Fenomena ini telah menunjukkan suhu sehingga -2 darjah Celcius terutamanya di wilayah Asir, dimana kawasan ini telah mengalami cuaca sejuk dan salji.
Suhu di bandar raya Riyadh, Arab Saudi adalah 14 darjah Celsius manakala Jeddah 21 darjah Celsius dan wilayah Tabuk di barat laut negara itu pula adalah pada 7 darjah Celsius.
Ahli Meteorologi AccuWeather, Eric Leister berkata, keadaan bersalji adalah jarang berlaku di kawasan itu namun ia bukanlah sesuatu yang luar biasa.
Pakar membuat kajian mengenai jumlah hujan di Gurun Sahara dan mendapati ada perubahan yang signifikan dalam tempoh lebih satu abad lalu disebabkan perubahan iklim.
Pengkaji turut meramalkan Gurun Sahara dijangka akan kembali hijau dalam tempoh 15,000 tahun lagi dan ia kini mengalami perubahan cuaca.