Siapa yang tak kenal dengan kelazatan makanan rasa coklat ini, selain boleh dimakan begitu sahaja, Nutella juga sering di gunakan untuk membuat kek dan pastri.
Siapa sangka Nutella bukan sahaja dijadikan bahan makanan, malah ia kini boleh disapu pada rambut sebagai pewarna rambut. Bukan Nutella sahaja, malah ia turut di campur bersama karamel yang cukup lazat.

Pelik tapi inilah yang berlaku di negara Arab.
Apabila rambut berlumuran dengan campuran Nutella dan susu pekat bunyinya seperti merepek, tetapi apabila menonton dan menyaksikan sendiri video ini, memang ia terbukti berkesan!
Namun, berapa lama agaknya warna ini dapat bertahan? Menurut stylist ini ia bergantung kepada rambut.
Jika anda mahukan warna caramel yang lembut, ia boleh bertahan sehingga dua tiga minggu. Namun jika anda mahu rambut yang lebih gelap atau perang gelap, Nutella harus dibiarkan lebih lama.
Beliau turut memaklumkan bahawa nutella tidak hanya dapat mewarna rambut menjadi coklat, malah ia juga membuatkan warna rambut anda lebih bersinar.

Jadi bagaimana, nak cuba?