Bagi si pencinta piza, maka ini adalah berita gembira buat korang!


Setelah 2 tahun dunia dilanda pandemik Covid19, kini kita semua bersama-sama menantikan penghujung yang lebih positif yang dapat membahagiakan seluruh masyarakat.

Oleh itu, Domino’s telah mengambil inisiatif untuk menghargai semua pelanggannya melalui #SamaSamaJaga kerana bagi Domino’s setiap orang layak mendapatkannya. Selain itu, dengan #SamaSamaJaga, ia juga dapat mengingatkan masyarakat semua untuk terus menyebarkan kasih sayang dan keprihatinan antara satu sama lain kerana kami sama-sama saling menjaga antara satu tanpa mengira latar belakang.

Jika sebelum ini Domino’s ada buat promosi dua piza regular pada harga RM19 sahaja bagi yang dah daftar untuk vaksinasi serta sambutan yang diterima juga sangat luar biasa. Tidak dinafikan ramai yang inginkan promo ini dilanjutkan.

Jadi sebagai sokongan penuh terhadap usaha vaksinasi negara, Domino’s dengan berbesar hati kini memberikan tawaran yang lebih baik kepada semua orang melalui kempen #SamaSamaJaga yang baru je dilancarkan pada 20 September khas buat seluruh warga Malaysia kerana kami mendengari anda.

Apa yang lebih menariknya, tawaran kali ini bukan hanya mengirim cinta kepada mereka yang telah mendaftar untuk vaksinasi atau telah menerimanya, tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang. Because… It’s All About You!


Yang penting, kami ingin anda merasakan cinta dan penghargaan yang kami ada untuk anda, pelanggan kami.Kami memahami bahawa banyak pelanggan kami merasakan beban dunia di bahu mereka dari segi kewangan dan emosi, dan kami berharap bahawa tawaran ini dapat memberikan keselesaan yang sangat diperlukan kepada anda. Sama ada untuk menikmati tawaran hebat untuk diri sendiri, berkongsi cinta dengan rakan atau keluarga atau bahkan sebagai cara untuk menyokong mereka yang memerlukan, mari kita sama-sama jaga. – Shamsul Amree, Ketua Pegawai Eksekutif Domino’s Pizza Malaysia.

Tawaran #SamaSamaJaga Domino’s yang luar biasa, belum pernah terjadi sebelum ini, kini menawarkan penjimatan sehingga 70% khas buat korang dimana Domino’s telah menawarkan 2 piza bersaiz sederhana dengan harga hanya RM19, 2 piza besar dengan harga RM39 dan 2 piza Xtra besar dengan harga hanya RM49 sahaja!

Namun kempen ini seperti tidak lengkap tanpa penglibatan Abang dan Kakak Domino’s yang komited dalam menjalankan tanggungjawab. Malah sumbangan Abang & Kakak Domino kepada barisan hadapan adalah usaha berterusan sejak wabak ini melanda pada tahun lepas dan sehingga kini mereka juga berdiri bersama-sama menghulurkan bantuan kepada semua rakyat Malaysia untuk sama-sama jaga.

Apa yang lebih menarik lagi, korang tak perlu beratur panjang kerana korang boleh dapatkan tawaran ini menerusi laman web atau aplikasi Domino’s dengan menggunakan kod promosi yang diberikan dan ambil pesanan dengan cara Pandu Ambil atau Potong-Q dimana ia dapat menjimatkan masa serta memudahkan lagi kerja korang.

So korang tak perlu susah-susah cari parking dan beratur panjang-panjang. Order je melalui website atau apps dan dalam masa 15 minit je, piza dah ready. Bila nak pickup, just klik butang “I’m Here“ di apps dan Kakak serta Abang Domino’s akan hantar terus ke kereta.

Untuk menebus tawaran ini secara dalam talian, ikuti langkah mudah di bawah:

  1. Daftar atau log masuk ke https://www.dominos.com.my
  2. Pilih pilihan Take Away dan pilihan kedai
  3. Pergi ke tab promo dan kupon dan masukkan kod berikut:
    Untuk 2 pizza sederhana pada harga RM19 (4 orang). Masukkan Kod: MEGA19R
    Untuk 2 pizza besar dengan harga RM39 (6-7 pax). Masukkan Kod: MEGA19L
    Untuk 2 pizza Xtra Besar dengan harga RM49 (9-10 pax). Masukkan Kod: MEGA19XL

Cepat, tawaran yang diberikan sangat terhad. Everyone deserves it ! So jangan sampai terlepas pula. Kang ada yang menangis tepi bucu katil, tak dapat nak grab promo menarik ini.

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, korang boleh layari sendiri Facebook, Instagram dan Website Domino’s Pizza di :

Facebook : https://www.facebook.com/DominosMY
Instagram : https://www.instagram.com/dominosmy/
Website : https://www.dominos.com.my/

[fbcomments]