Kebakaran yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru pada jam 3.00 petang semalam telah mencetuskan kebimbangan ramai. 24 orang pesakit yang berada di dalam wad berkenaan berjaya diselamatkan oleh Pasukan Tindakan Pantas.

Sebelum ini, HSA juga pernah mengalami insiden yang sama pada 3 tahun lalu sehingga mengakibatkan 6 nyawa pesakit terkorban.

Negeri Johor dianaktirikan

Sudah empat tahun Kebawah Duli Tuanku Sultan, Tuanku Permaisuri dan termasuklah saya sendiri menyatakan keperluan untuk…

Posted by HRH Crown Prince of Johor on Ahad, 28 Jun 2020

Terbaru, TMJ sekali lagi menerusi lama Facebook HRH Crown Prince of Johor meluahkan rasa kecewa dengan kerajaan Malaysia yang dianggapnya masih menganaktirikan negeri Johor berhubung dengan kejadian kebakaran di hospital.

Sudah empat tahun Kebawah Duli Tuanku Sultan, Tuanku Permaisuri dan termasuklah saya sendiri menyatakan keperluan untuk membina hospital yang baharu dan menaiktaraf hospital yang sedia ada di negeri Johor. Sampai bila negeri Johor dan anak-anak Johor dianaktirikan?

Kita bukan sahaja boleh melihat daripada sudut keperluan hospital, tetapi lihat pada keadaan lebuhraya di sini sahaja kita sudah tahu negeri Johor dianaktirikan.

Tingkatkan kemudahan awam di Johor

Bayangkan, negeri Johor yang maju, yang banyak memberi sumbangan kepada ekonomi negara dan Kerajaan Persekutuan hanya ada dua ‘lane’ sahaja di lebuhraya berbanding dengan Melaka dan Negeri Sembilan yang tidak menyumbang seberapa banyak.

Saya menyeru kepada Kerajaan Malaysia agar mempercepatkan peningkatan kemudahan awam di negeri Johor demi rakyat.

Biayai sendiri kos baikpulih

Sementara itu, Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah dan berkenan untuk membiayai kos membaikpulih Hospital Sultanah Aminah yang terbakar itu. Baginda akan melantik kontraktor bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan. Kos pembaikan juga ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Saya mahukan Pengarah Jabatan Kerja Raya, Pengarah Kesihatan Johor serta Pengarah Bomba Johor bersama membincangkan segera pelan pembaikan yang akan dilakukan oleh kontraktor.

Selalunya kos pembaikan jika dilakukan kerajaan akan mengambil sedikit masa kerana terdapat sistem yang perlu dilalui dan saya tidak salahkan kerajaan, oleh demikian saya mahukan kerja-kerja pembaikan dilakukan segera.

[fbcomments]