Pencetus Ummah (PU) Rahmat memuat naik karikatur berhubung gambaran situasi kaedah mendapat ilmu agama pada masa ini telah menimbulkan pertikaan dalam kalangan netizen.
Karikatur itu jelas menunjukkan bahawa masyarakat lebih suka mendapatkan rujukan berkaitan agama kepada selebriti media sosial berbanding golongan agamawan.
Nampaknya posting ni telah menimbulkan rasa kurang senang penyanyi rap Caprice apabila dia dikaitkan sebagai selebriti media sosial dalam karikatur berkenaan berdasarkan cara pemakaiannya yang sering mengenakan topi.
Pada Ahad lalu, sesi IG Live Caprice bersama penyanyi Fynn Jamal yang berdebat mengenai isu jenayah rogol juga mendapat perhatian netizen.
“Tak apa, kalau saya kurang ilmu agama, saya sendiri akan cari guru-guru yang lagi pakar. Anda dari dulu butthurt (panas bontot) dengan saya sebab saya tak pernah cari anda kut?
“Kalau bu** hurt sangat saya nak pesan sapu minyak cap kapak dekat buntut sambil zikir InsyaAllah anda tidur dengan tenang.
“Kalau ada masa PU, boleh tak beritahu kepada umum siapa Influencer Instagram tersebut secara jelas? Sebab saya nak jemput dia untuk rapatkansaf balik dengan ustaz dan mufti,” ujarnya.