Kecoh di laman sosial apabila ada segelintir selebriti menyatakan kerisauan terhadap tiadanya bantuan daripada kerajaan untuk anak seni ekoran penularan wabak COVID-19 yang menjejaskan sumber utama pendapatan mereka.
Tapi berlainan pula dengan pendirian seorang pengacara Jimmy Shanley ini.
Kata Jimmy, walaupun dia bukan selebriti terkemuka namun tidak meminta bantuan daripada kerajaan.
Malah, Jimmy menawarkan pula bantuan untuk golongan memerlukan terutama ibu tunggal.
“Saya artis yang agak sendu tapi tak minta bantuan kerajaan, ada sesiapa perlukan pertolongan sila DM. Ibu tunggal diutamakan,” kata Jimmy.
Kenyataan terbuka Jimmy itu mendapat respon positif daripada netizen malah ada yang menyarankan agar Jimmy membantu pula golongan selebriti yang meminta bantuan.